Friday, March 09, 2012

cara untuk putihkan kulit wajah dan badan


HAI , Assalamualaikum ^^


Sungguh hari ini tak beronggeng ke mana-mana.. 
jadi blog lah tempatku mengisi waktu. CEH, CEH!
kat sini aku nak berkongsi informasi tentang putihkan kulit...

wah! tajuk kemain, tengok tuan blog tu? putih ke?

well, aku sememangnya runsing jugak! sebab tiap kali balik uitm dungun, memang muka berbelang..kaki berbelang bentuk selipar..tanganku sudah hitam macam tangan jantan! 
angin pantai dengan panasnya kat sana memang lain macam. 
sadis sungguh diri ini..apa boleh buat? let's get started!







1. BARLI - Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian..  kalau rajin lah yer, meh cuba petua yang aku kutip kat pokcik google tadi..

 
  • Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Then, tumbuk barli yang telah di goreng itu hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan bancuhan tersebut dengan rata di wajah anda sebelum tidur.
  • beginilah ghupenye air barli tuh..memang lagi sedap kalau diminum suam (bagi aku la). kalau rasa diri tu nak putih tapi malas, order jelaa air barli dah alang2 lepak kat kedai makan tu ann :) perghhh, ayat tak beragak! tuju kat diri sendiri sebenarnya tuuu.


    2. BERAS PULUT - Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.


     Cara-Caranya:
      1.  Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.
      2.  Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk.
      3. Biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.
      4. Bilas badan anda  dengan air mandian.  Amalkannya sekerap yang mungkin.
      5. Untuk hasil yang terbaik amalkan,2 kali seminggu.Kulit tubuh anda dijamin akan cerah.


      3. NENAS -           

      • Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu gosokkan ke seluruh bahagian badan. Bilasa badan dengan sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. InsyaAllah kulit anda akan lebih putih, cerah dan berseri.


      4- TIMUN -
      • Isi timun diparut or dihancurkan or apa-apa jelah. Asalkan jangan sebiji terus kau pergi tempek dekat muka kau tu. Apa pulak rupa nya kang!
      • Lepas tuh, campurkan isi timun tadi dengan air perahan limau. Jangan pulak orange sunquick kau pergi bubuh dekat dalam isi timun ni..hahaha.
      • Then tunggu dia sampai kering lepas tu bolehlah bilas dengan air bersih or air suam.Buat setiap malam kalau nak cepat hasil dia.


      5. LOBAK MERAH -        
        • Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu. ia menjadikan wajah lebih berseri, mulus, menegangkan kulit.




        6. LIMAU NIPIS -           
        • belah limau nipis menjadi 2,gosok pada wajah dan badan...kulit akan menjadi cerah, licin dan harum..( i bet ni yang paling senang macam makan kacang pistachio HAHA)



        7. BERAS -                 
        • ambil 1 gengam beras,tumbuk dan tambahkan air. kemudian sapu pada wajah sebelum tidur..ia dpt menghilanhkan jerawat batu dan of course putihkan wajah..


        8. BUAH DELIMA -        
        • Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.


        9. LABU -                           
        • tutup pori-pori pada wajah dengan buah labu yg bertindak membuang sel kulit mati. dgn campurkan puri labu,madu,cuka epal,tepung ubi,1 biji telur. 


        10. KOPI -                   
        • serbuk akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.kalau nak putih satu badan just lulur kopi tersebut :)
        Caranya;

        1. Tumbuk biji kopi sampai halus.
        2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.
        3. Kacau kesemua bahan hingga rata.
        4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.
        5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.
        6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.
        7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.


        *sebenarnya banyak lagi.. pandai2 korang la tanya pokcik Google pulak yeh..



        P/S:


        oh ye! minum air suam banyak2 okay! 
        lagu bagus lepas solat minum 2 gelas air.. 5 kali solat dah minum 10 gelas..

        tak gituww?

        haha..

        ALL THE BEST :)



        26 comments:

        nisa surihani said...

        heehee . thax bagi petua . nisaa nak tryy pasni , tgok putih x putih .kekeke

        Foxlam-G said...
        This comment has been removed by the author.
        Foxlam-G said...

        time kasihh

        izzazi syahnaz nazri said...

        inginkan kulit wajah dan badan cerah?

        http://kliktekan.blogspot.com/2012/09/sabun-susu-beras-ori-murah.html

        cikfaiezahzainal said...

        um..sy nk cube la..mungkin berkesan.but yg beras tu mcm best..thanks for the tips.appreciate tht..=)

        SeoKyu said...

        yg limau nipis tu kna buat brp kali seminggu?

        FAZ 5 ENTERPRISE said...

        wah,,menarik,, bleh try,ok tq,so sweetnye

        RedRose said...

        wanna try some immediately. thx. :)

        LeAsmines said...

        petua yang ke 6.limau nipis memang berkesan XD wangggiiii~

        SyahMah RaZat said...

        Bleh x klu pkai limau kasturi???

        «Mira» said...

        wah, segala jenis makanan dan buah jadi petua..

        nur amira said...

        sapa dh cuba??apa hasilnya??brkesan x??

        Fararaa :) said...

        Assalamualaikum , kakak lawa . Hihi ;3 nak tanya , yang limau nipis tu dah sapu terus basuh ke macam mana ?

        Fararaa :) said...

        Assalamualaikum , kakak lawa . Hihi ;3 nak tanya , yang limau nipis tu dah sapu terus basuh ke macam mana ?

        Faiz Shaharin said...

        X berkesan pon

        Faiz Shaharin said...

        X berkesan pon

        alya zulaikah said...

        insya-allah saya ingin cuba...
        terimah kasih!

        Marliyana Mk said...

        Kesannya depends on how we put an effort on it..yg xjadi tu ade la tuu mane2 yg kurang..ni tips je..tgk org jugak la kennnn..yeahhhhhh
        Terima kasih pd yg dah cube.. Pemakanan harian kena jaga ok.kena makan sayur byk2 :)

        Kalau nak keluar rumah jgn lupe tepek sunblock yg ad spf..

        syahriza_ayu said...

        thanks a lot...sangat2 membantu.. :D

        getGorgeous@zara said...
        This comment has been removed by the author.
        sid said...

        yana,tlg bt utk aq...malaslaa~ haha!

        Marliyana Mk said...

        sid : meh sini aku tonyoh..

        Sarini Hasyim said...

        Assalamualaikum..saya rin..dulu saya mengalami jeragat,jerawat n muka kusam.dah byk produk dcuba..mmg kecewa.tp skg alhmdulillah skg dah cantik..kwn pn puji..saya minum vivix breakthrough antioksidant..ade klinikal test lg.yg ptg produk yg kita ambil tu selamat dan halal.nk tgk wajah saya..meh pm
        wass app 0193562410

        Sarini Hasyim said...

        Assalamualaikum..saya rin..dulu saya mengalami jeragat,jerawat n muka kusam.dah byk produk dcuba..mmg kecewa.tp skg alhmdulillah skg dah cantik..kwn pn puji..saya minum vivix breakthrough antioksidant..ade klinikal test lg.yg ptg produk yg kita ambil tu selamat dan halal.nk tgk wajah saya..meh pm
        wass app 0193562410

        Fatimah Bt Tony said...

        Perkongsian yang sangat menarik admin. Menurut kajian dan respon dari pengguna vitamin E, mereka mengatakan bekas parut jerawat serta parut luka hilang dan meninggalkan kulit yang bersih dan cantik selepas mengambil vita E secara oral dan menjadikannya sebagai masker. Ada yang mengambilnya secara konsisten, untuk 3-4 bulan, bukan sahaja parut hilang, malahan jerawat pun dah tak timbul lagi. Saya ada kongsi testimoni mereka di sini, http://bit.ly/1f7OeYq

        fatihatie said...

        Bagus petua2 yg adik berikan ni.. sekarang byk produk kat pasaran yg kita tak pasti kandungannya.. scary kdg2. Produk berasaskan bahan semulajadi pun berkesan untuk putihkan kulit janji ada kelulusan kkm dan halal :)